Filem Assassin’s Creed tetap mengungguli pasaran box office di seluruh dunia dengan mengutip keuntungan sebanyak $150 juta (RM669 juta) dalam masa tiga minggu sejak tayangan dibuka.

Assassin’s Creed baru sahaja ditayangkan di UK pada 1 Januari dan filem ini menjadi filem nombor 1 di UK dengan pulangan £5.3 juta (RM29 juta).

Filem ini berjaya tergolong dalam tiga filem utama di pasaran filem antarabangsa iaitu pada tangga pertama untuk Mexico dan Russia, tangga kedua di Itali dan ketiga untuk Perancis dan Jerman.

Menurut laporan kiraan Box Office Mojo, Assassin’s Creed sudah menerima secara keseluruhan $50,265,744 (RM224,260,616) di AS (sampai pada 9 Januari). Pada pembukaan semasa hujung minggu, filem ini mengaut sebanyak $10.3 juta (RM45.9 juta) di negara itu sahaja.

Untuk pasaran di luar negara, filem ini berjaya mengumpul sebanyak $98.6 juta (RM439.9 juta) dan jumlah untung terkumpul untuk filem ini ialah sebanyak $148,832,193 (RM664,014,829) dan untung terkumpul itu selari dengan bajet Ubisoft.

Walaupun filem Assassin’s Creed dibenci oleh pengkritik filem, filem ini masih lagi menjana wang lumayan di box office antrabangsa.

Filem Assassin’s Creed sudah ditayangkan di AS pada 20 Disember 2016 dan di Malaysia pada 22 Disember 2016. Filem ini masih lagi menunggu giliran untuk ditayangkan di Brazil, Korea Selatan dan Sweden pada minggu ini. Pada bulan Mac pula, filem ini bakal ditayangkan di China dan Jepun.

Mahu tahu apa pendapat kami tentang filem Assassin’s Creed? Bacalah review JomGaming untuk filem Assassin’s Creed.

Comments

comments