Sementara mobile gamers di seluruh dunia mungkin ada yang dah mula bosan Pokemon Go, tapi waktu pelancarannya baru sahaja dikecilkan untuk pasaran China.

Bagi sesiapa yang tidak tahu, Pokemon Go telah disekat di China kerana kebimbangan terhadap game tersebut dan keselamatan negara serta keselamatan orang awam kerana membenarkan pemain untuk menangkap Pokemon di dunia sebenar.

Semua itu akan berubah, waktu keluaran Pokemon Go di China telah disahkan. Pembangun Niantic telah bekerjasama dengan penerbit NetEase untuk membawakan game mobile itu pada separuh kedua tahun 2018.

Dengan pasaran mobile gaming yang besar di China, langkah inilah apa yang Niantic perlukan untuk menaikkan jumlah pemain Pokemon Go sekali lagi.

Comments

comments