Ghost Recon: Wildlands bakal tiba tidak lama lagi. Pastinya Ubisoft ingin memastikan jualan kali ini lebih memberansangkan, tidak seperti Watch Dogs 2.

Dalam video terbaru ini, seorang ejen special ops telah ditemuramah menceritakan pengalaman beliau dalam melaksanakan misi-misi yang diberikan secara tidak langsung memberikan gambaran bagaimana Ghost Recon: Wildlands ingin disampaikan. Walaupun begitu, ia tidak diberitahu sama ada ejen special ops ini terlibat dalam memberikan sebarang input kepada pembangunan Ghost Recon: Wildlands.

Kita juga dapat melihat kebolehan yang mendalam untuk menukar konfigurasi senjata untuk dibawa ke setiap misi di samping menukar pakaian yang diguna; sama ada untuk kelihatan seperti ejen special ops atau pun sekadar orang awam. Kami belum pasti sama ada ini akan mempengaruhi sebarang aspek dari segi gameplay.

Ghost Recon: Wildlands akan diterbitkan pada Mac 2017 untuk PC, PS4 dan Xbox One. Dari gambaran awal, kami menjangkakan ia hampir menyerupai siri The Division.

Comments

comments