Oleh siapa? Tentu sekali oleh Samsung melalui copyright claim di YouTube!

gta-5-mod-samsung-galaxy-note-7

Seperti yang dilaporkan tempoh hari, seorang modder telah mencipta satu mod di GTA V yang menukarkan gajet sticky bomb kepada paparan berbentuk Samsung Galaxy Note 7. Tapi kini, video bagi mod terbabit telah disingkirkan dari YouTube melalui tuntutan hak milik oleh Samsung.

gta-v-samsung-galaxy-video-removed

Ironinya, mod ini masih lagi mudah didapati melalui pelbagai laman modding seperti gta5-mods dan beberapa lagi laman yang lain. Sejak ia dimuat naik pada 1 Oktober lepas, ia telah dimuat turun lebih 6,700 kali.

Jika Samsung ingin untuk menyekat komuniti online untuk memperlekehkan masalah teknikal yang dihadapi oleh Galaxy Note 7, ia agak terlambat kerana ia telah pun mendapat liputan luas dari pelbagai media massa.