Saksikan 6 karakter ini bertarung dalam game yang baru sahaja diumumkan semalam.

marvel-vs-capcom-infinite

Semalam, Marvel vs Capcom: Infinite telah diumumkan – memaparkan aksi-aksi cinematic 4 karakter, iaitu Ryu, Mega Man, Captain Marvel & Iron Man. Malam tadi, semasa Capcom Cup, sebuah video gameplay telah diperlihatkan buat kali pertama. Jom layan:

Gameplay tersebut memaparkan aksi-aksi 4 karakter yang disebut di atas, dengan penambahan 2 lagi karakter lain, iaitu Captain America and Morrigan. Ia juga menunjukkan aksi Ryu dan Captain Marvel menggunakan abiliti Infinity Stone, yang pastinya membuatkan keupayaan mereka menjadi lebih luar biasa.

marvel-vs-capcom-infinite-01

Marvel VS Capcom: Infinite akan dilancarkan untuk PS4, Xbox One dan PC pada penghujung tahun 2017.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.