Keupayaan 4 jenis Javelin exosuit turut diperkenalkan!

Dalam pembentangan game Anthem dari BioWare di EA Play sebentar tadi, trailer cinematic dan pelbagai persoalan telah dijawab.

Di penghujung pembentangan, video gameplay demo Anthem pula dipertontonkan. 4 jenis exosuit Javelin, masing-masing dengan kebolehan dan fungsi tersendiri (yang seakan-akan mirip rekaan karakter dalam Destiny) dilihat melaksanakan misi menyerang pangkalan musuh, meleraikan ancaman letupan sebelum akhirnya memasuki sarang boss fight yang pada penulis, kelihatan seperti kutu berdarah dari mimpi ngeri…jahanam sungguh.

Dari video, dapat dilihat 4 jenis Javelin:
Ranger – exosuit pelbagai guna dengan gerakan lincah untuk pertempuran jarak dekat.
Colossus – exosuit tanker dengan perisai dan senjata damage tinggi
Interceptor – exosuit paling laju dan lincah
Storm – exosuit dengan keupayaan teleportation dan mungkin support character

Kagum sekejap dengan character design Javelins, mechs, flora dan fauna termasuk kutu gergasi tersebut. Korang rasa macam mana? Best ke tak ni?

Comments

comments