Pada minggu ini, developer Big-O-Tree Games telah mengumumkan bahawa mereka membatalkan video game Dirty Chinese Restaurant selepas mereka mendapat terlalu banyak aduan tentang bertapa rasisnya game tersebut.

JomBaca: Dirty Chinese Restaurant, Sebuah Game Mobile Oleh Syarikat Dari Toronto Yang Dikecam Sebagai Rasis

Game itu dicipta oleh syarikat pembina game dari Kanada, Big-O-Tree Games. Ia meletakkan pemain sebagai karakter pemilik restoran Cina dan pemain mempunyai pilihan untuk menggunakan pelbagai taktik dan bahan-bahan pelik untuk menghasilkan makanan.

Trailer untuk game tersebut menunjukkan karakter pemain mendapat markah apabila mencari bahan-bahan dalam tong sampah, memburu kucing dan anjing untuk dijadikan sebagai menu makanan. Pemain juga boleh memperhambakan pekerja, menipu dalam cukai jualan, mengelak pegawai imigresen dan pegawai kesihatan serta memusnahkan pesaing.

Selepas video trailer itu dikeluarkan di YouTube, aduan-aduan mula tersebar dengan mengatakan bertapa rasisnya game tersebut sehinggakan kongres wanita New York, Grace Meng turut mengecam game itu.

 

Big-O-Tree Games atau bunyinya seperti “bigotry” dan motonya ialah “because being politically correct is so … boring” sudah nampak jelas mesej apa yang game itu akan sampaikan.

Walau bagaimanapun, mereka telah berubah fikiran. Syarikat itu telah mengumumkan di Facebook mereka bahawa game itu telah dibatalkan.

“Selepas meneliti pertimbangan dan mengambil masa untuk mendengar pendapat-pendapat umum, kami telah memutuskan bahawa ia tidak menarik minat sesiapa untuk mengeluarkan Dirty Chinese Restaurant. Kami mahu meminta maaf kepada komuniti Cina dan berharap kepada mereka bahawa game ini tidak dicipta dengan minat yang disengajakan, memburukkan atau niat jahat terhadap budaya Cina.”

Comments

comments