Terima kasih untuk segala jasa yang dicurahkan kepada studio ini.

Shaun Escayg, pengarah kreatif Uncharted: The Lost Legacy telah mengumumkan bahawa beliau bakal meninggalkan Naughty Dog selepas tujuh tahun bersama studio itu.

“Tujuh tahun lalu saya menyertai pasukan berbakat Naughty Dog untuk satu projek yang sangat awal, The Last of Us,” kata Escayg melalui laman Twitter peribadinya. “Kemudiannya ia menjadi sejarah. Left Behind, Uncharted 4 hanya sekilas dan Uncharted The Lost Legacy telah melonjak perkembangan kreatif saya lebih jauh – saya akan merindui rakan-rakan saya.”

Escayg kemungkinan besar bakal menyertai Crystal Dynamics untuk bersama-sama membangunkan game Avengers akan datang, selepas beliau memuat-naik logo Avengers di Instagram-nya dengan kapsyen “ke pengembaraan baru”. Walau bagaimanapun, Escayg masih belum mengesahkan perkara itu.

🥂to new Adventures- 💥bring it 2018!🔥

A post shared by Shaun Escayg (@shaun_escayg) on

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.