Sudah dinanti-nantikan ramai, akhirnya Steam Autumn Sale telah tiba, tapi kali ini dengan sedikit penambahan iaitu Steam Awards!

steam-awards-600x375

Steam Awards adalah sebuah acara di mana komuniti Steam memilih dan mengundi game kegemaran mereka. Badge akan diberikan kepada ahli-ahli komuniti yang terlibat dengan Steam Awards dengan melakukan aktiviti seperti mengundi, bermain game yang diundi, dan menulis review.

Kami menjangkakan game yang memenangi Steam Awards ini juga akan menerima badge kemenangan di samping akan menerima diskaun pada pengakhiran acara ini – yang bakal menjana jualan yang lebih meriah.

Berikut adalah kategori-kategori yang disediakan untuk Steam Awards kali ini.

  • The “Test of Time” Award
  • The “I’m Not Crying, There’s Something In My Eye” Award
  • The “Just 5 More Minutes” Award
  • The “Whoooaaaaaaa, dude!” Award
  • The “Villain Most In Need Of A Hug” Award
  • The “Game Within A Game” Award
  • The “I Thought This Game Was Cool Before It Won An Award” Award
  • The “Best Use Of A Farm Animal” Award
  • The “We Didn’t Think of Everything” Award

Steam Autumn Sale 2016 akan berlangsung sehingga 30 November pada 2am mengikut waktu Malaysia.

Comments

comments