Peminat siri Valkyria yang sudah tentunya meminati cabaran pasti teruja dengan pengumuman sistem yang baru dalam siri ini!

Dalam interview dengan direktor Takeshi Ozawa serta produser Youichi Shimosato, mereka telah bersetuju untuk memperkenalkan permadeath atau kematian kekal dalam siri terbaru Valkyria. Ini bermakna, jika mana-mana watak yang mengalami kecederaan teruk yang boleh menyebabkan kematian, watak tersebut tidak akan dapat digunakan dalam level yang seterusnya. Mereka berpendapat fungsi ini sangat digemari bagi peminat-peminat yang gemarkan cabaran. Ini dapat dilihat terutamanya bagi peminat-peminat siri strategi taktikal lain seperti XCOM, Fire Emblem, dan Massive Chalice.

valkyria-azure-revolution-4Developer siri Valkyria juga ada berkata, dengan memperkenalkan fungsi sebegini ia dapat memberikan pengalaman yang lebih immersive kerana setiap watak harus diberi kepentingan agar tidak mengalami kecelakaan. Kata mereka lagi, setiap watak tak kira watak utama mahupun sampingan bakal diberi event dan juga cut-scene yang tersendiri. Namun begitu, bagi mereka yang tidak berani menggunakan sistem permadeath ini, easy dan normal mode juga disertakan kelak.

valkyria-azure-revolution-2Valkyria: Azure Revolution telah diumumkan kepada pihak umum awal bulan ini bersama-sama versi remaster PS4 Valkyria Chronicles. Memang tidak dapat dinafikan, memang menarik melihat bagaimana siri strategik JRPG ini bakal mempengaruhi dunia gaming kali ini dengan sistem pertarungan yang berlainan dengan siri sebelumnya.

JomBaca: Valkyria: Azure Revolution diumumkan untuk PS4!

valkyria-azure-revolution-1

Comments

comments