Pastinya satu kejutan yang dinanti-nanti oleh pengguna-pengguna UniFi, Streamyx Atau TM Homeline.

Berita baik untuk pengguna-pengguna internet bagi UniFi, Streamyx atau TM Homeline kerena mereka akan berpeluang untuk menaik taraf kelajuan internet mereka!

Naik taraf ini diadakan melalui kempen “Thank You Suprise” dan pengguna hanya perlu untuk memasukkan beberapa info mengenai langganan mereka untuk mengetahui apakah kelajuan yang bakal diterima,

Kepada yang khuatir dikenakan sebarang bayaran atau pun syarat-syarat tersembunyi, TM telah menyatakan bahawa tiada kos atau masa kontrak tambahan akan dikenakan kepada mana-mana pihak.

Setelah bersetuju menerima naik taraf ini, pihak TM akan menghubungi pengguna melalui SMS dan pengguna perlu menutup modem mereka selama 10 minit bagi membenarkan kerja naik taraf diadakan. Selepas itu, kelajuan internet anda akan selesai dinaik taraf!

Sumber dari TM.

Comments

comments