untildawn_01Holaaa!! Gamers sekalian, bayangkan korang bersama rakan-rakan dan awek-awek pergi bercuti di kawasan pergunungan dan bermalam di sebuah villa indah ini, pernah menjadi saksi, temasya yang gemilang, suasana meriah. Ehem! Dan korang ingat korang aje yang ada di rumah itu.

Ternyata semua itu harapan palsu bila korang dapat tahu rumah itu ada geng-geng psycho dan ganas yang fetish nak bunuh korang. WOW!! Seram tak?? Haa, itulah dia premis game horror/thriller Until Dawn ini.

Supermassive Games, developer Until Dawn mengumumkan bahawa game ini akan release pada 25 Ogos 2015. So, memang tak lama lagilah ni until keseraman melanda!

untildawn_03
Hi cik adik nak ke mana tu!!!!

Apa yang menariknya, korang boleh memainkan 8 character yang terkandas di rumah besar tersebut sekaligus, dan korang perlu bertindak dengan cepat kerana game ini mempunyai pilihan gerakan yang terhad yang akan menentukan korang selamat atau tidak.

Uniknya, bila ada karakter yang mati, setiap dialog dan scene karakter selepas itu akan bertukar – menjadikan pengalaman gaming korang lebih intense dan cuak!

Untuk merasakan keseraman game ini, apa kata kita layan dulu trailer Until Dawn:

So macam mane?? Teruja tak?? Bagi peminat-peminat game seram, korang boleh lah menabung duit korang untuk beli game ini, kerana nampak sangat berbaloi dan awesome!!!

ADIOS!!!

Comments

comments