“Apsal kau BODOH sangat!??” Korang mesti pernah menjerit begini setiapkali character dalam filem horror seram buat keputusan yang tak masuk akal, kan!? Bagaimana kalau korang yang control setiap character filem horror itu? Itulah premis game Until Dawn yang baru kitorang abis mainkan semalam. Jom kita tengok, Boleh Beli or Boleh Blah!?

Pada pandangan pertama, Until Dawn adalah kisah cliche sekumpulan kawan-kawan remaja (semua dengan stereotaip yang kita kenali) bercuti lepak ‘like pornstars’ di kabin musim sejuk yang kosong dalam hutan dan kejadian seram mula terjadi satu demi satu!

until-dawn1
So, kita nak parti liar, ataupun kene bunuh sorang demi sorang?

Idea game ini meletakkan nasib setiap karakter ini di tangan korang menjadikan setiap pilihan yang korang buat merubah jalan cerita dan experience korang sepanjang game. Simple, kan?

until-dawn2
Sayang takde option untuk menari seksi sebagai distraction!

Mungkin terlalu simple sehinggakan idea asal game ini tenggelam di dalam dialog dan situasi seram horror yang biasa kita lihat dan dengar! Hampir setiap event dan situasi dalam game ini melibatkan jump scares. Bukan jump scares yang ohsem macam dalam filem [REC] yang original or siri Insidious, sebaliknya jump scares yang terpaksa (dipaksa?) macam dalam filem Ouija dan siri parody Scary Movie!

until-dawn3
Oh terkejutnya. Seriously, kitorang terkejut sangat…not…

Perbandingan dengan filem-filem seram ini memang disengajakan penulis, kerana pada dasarnya, Until Dawn adalah sebuah game seram horror yang cuba memberikan pengalaman cinematic pada platform gaming.

UntilDawn4
Sapa tak suka gadis bertuala? Angkat tangan!

Setiap stereotaip watak dimainkan – dari mamat sado sukan, ke watak bad boy sehinggalah ke awek manja bimbo. Kalau korang berkenan tengok Hayden Panettiere dari siri Heroes, Until Dawn membolehkan korang memainkan wataknya yang berkemban hampir separuh game!

Until-Dawn5

Walaubagaimanapun, game dari developer Supermassive Games ini sememangnya berjaya membungkus kesemua aspek filem seram dalam satu pakej yang boleh menghiburkan korang selama beberapa jam. Yeah, kalau korang bermain dari 12 tengah malam, korang boleh menghabiskan game ini menjelang subuh (Until Dawn, get it?) kalau korang main tanpa berfikir sangat.

SO, BOLEH BELI OR BOLEH BLAH?

+ Aspek filem horror seram yang kita familiar dan kenali.

+ Gameplay mechanics yang tak susah, dengan map design yang simple tapi efektif.

– Cliche filem seram seperti jump scares yang melampau yang mungkin menjadi turn of kepada sesetengah gamers.

KEPUTUSAN: BOLEH BELI!

Comments

comments