uncharted_01

Holaa!! Gamers sekalian, bila kita sebut je tentang pengembaraan, padang pasir, hutan belantara dan harta karun, konfem 1 je game yang terlintas di fikiran kita iaitu Uncharted.

Kita harus berterima kasih kepada developer Naughty Dogs dan juga Bluepoint Games kerana mengeluarkan bundle ini yang mengandungi Uncharted: Drake’s Fortune, Uncharted 2: Among Thieves dan Uncharted 3: Drake’s Deception yang telah diremaster.

uncharted_03
Wow, meleleh oiii tgk grafik dia!!!

Kesemua siri ini di perkuatkan lagi bagi paparan HD 1080p dan 60fps dengan pencahayaan yang ohsem, tekstur dan model yang lebih detail.

Yang lebih menarik lagi, dengan setiap pembelian Uncharted: The Nathan Drake Collection, korang akan mendapat exclusive access untuk Uncharted 4 Beta mode. Awesome kan?

uncharted_04
Bergaya betul si abang drake ni

So bila korang boleh dapatkan Uncharted: The Nathan Drake Collection ini? Tak lama lagi pon, pada 10 September 2015 nanti muncullah ia! Mulalah menabung dari sekarang seandainya korang peminat fanatik siri Uncharted ini.

Apa-apa pun jom layan official trailer bagi Uncharted: The Nathan Drake Collection:

ADIOS!!!

Comments

comments