Uncharted 4 terus melebarkan sayapnya sebagai antara game paling unggul untuk tahun ini. 

Game eksklusif Sony, Uncharted 4: A Thief’s End telah dicatatkan sebagai game yang paling tinggi markahnya untuk tahun 2016 di Metacritic – sebuah laman yang mengumpulkan review-review dari para pengkritik seluruh dunia.

Dalam analisis yang dikeluarkan oleh Metacritic, siri keempat yang meneruskan trilogi Uncharted sebelum ini telah memperoleh markah review sebanyak 93 peratus. Game yang dibangunkan Naughty Dog ini telah mengungguli kedudukan tersebut, dengan meninggalkan Inside (92%), Out of the Park Baseball 17 (92%) dan The Witcher 3: Blood and Wine (92%).

Metacritic turut mengumumkan bahawa terdapat 13 judul video game yang berjaya mencecah markah 90 peratus ke atas. Berikut adalah game-game tersebut:

  1. Uncharted 4 (PS4) 93%
  2. Inside (Xbox One) 92%
  3. Out of the Park Baseball 17 (PC) 92%
  4. The Witcher 3: Blood and Wine (PC) 92%
  5. Overwatch (PC) 91%
  6. Overwatch (Xbox One) 91%
  7. Forza Horizon 3 (Xbox One) 91%
  8. The Witcher 3: Blood and Wine (PS4) 91%
  9. Inside (PS4) 91%
  10. Overwatch (PS4) 90%
  11. Stephen’s Sausage Roll (PC) 90%
  12. NBA 2K17 (2K Games) 90%
  13. Kentucky Route Zero – Act IV (PC) 90%

Sebagai perbandingan antara konsol dan PC, PS4 memiliki 4 game yang mencecah markah 90 dan 13 game mencecah 75 ke atas; Xbox One (4, 3); Wii U (0,4); dan PC (5, 46).

Pastinya Overwatch merupakan game yang paling mendapat perhatian untuk tahun ini. Dalam 13 game yang tersenarai untuk markah mencecah 90 peratus, Overwatch mengisi 3 slot, dengan mewakili ketiga-tiga platform yang dilancarkan, iaitu di PC, PS4 dan Xbox One.

Sekiranya anda tidak tahu, Overwatch telah memenangi anugerah Game of The Year di The Game Awards baru-baru ini.

Anda boleh lihat analisis penuh Metacritic untuk tahun 2016 di sini.

Comments

comments