Sebuah tournament yang mempertandingkan 5 game akan diadakan bulan hadapan di Kuala Lumpur! Hadiah-hadiah yang lumayan menanti korang!

Umobile Game-Onz MGA

The Game Plan bakal mengadakan Umobile Game-Onz Master Gaming Arena (MGA) di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur pada 9 hingga 11 Disember 2016 – mempertandingkan League of Legends (LoL), DotA 2, Street Fighter V, Guilty Gear XRD dan Naruto Ninja Storm 4. Apa tunggu lagi? Jom la join!

Untuk LoL dan DotA 2, terdapat pusingan kelayakan yang perlu dilalui terlebih dahulu. Jom kita lihat bagaimana setiap game yang dipertandingkan akan dijalankan.

Umobile Game-Onz-MGA-2016

League of Legends

Korang kaki LoL? Ajak teammates korang join petandingan ini! Terdapat 3 pasukan akan berentap di Finals untuk LoL nanti, iaitu setiap pasukan dari Malaysia, Singapura dan Australia. Hadiah yang bakal menjadi rebutan adalah:

  • Juara: USD4,000 tunai dan hadiah dari penaja
  • Tempat kedua: USD2,500 tunai dan hadiah dari penaja
  • Tempat ketiga: USD1,500 tunai dan hadiah dari penaja

Pusingan kelayakan dari Australia telah pun dijalankan. Korang boleh menekan pautan di bawah untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut serta teruskan mendaftar untuk pusingan kelayakan online bagi Malaysia dan Singapura:

Umobile Game-Onz-MGA-2016

DotA 2

“DotA is life!” bagi korang? Join tournament ini pulak! Terdapat 3 pasukan akan berentap di Finals untuk DotA 2 nanti, iaitu 2 pasukan dari Malaysia dan 1 pasukan dari Singapura. Hadiah yang bakal menjadi rebutan adalah:

  • Juara: USD4,000 tunai dan hadiah dari penaja
  • Tempat kedua: USD2,500 tunai dan hadiah dari penaja
  • Tempat ketiga: USD1,500 tunai dan hadiah dari penaja

Korang boleh menekan pautan di bawah untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut serta teruskan mendaftar untuk pusingan kelayakan online bagi Malaysia dan Singapura:

Umobile Game-Onz-MGA-2016

Street Fighter V – Road To EVO17

Untuk Street Fighter V tiada sebarang pusingan kelayakan akan diadakan. Ia terbuka kepada semua pemain dari negara-negara Asia dan juga Australia. Apa yang menjadi tarikan utama adalah pemenang akan mendapat tajaan penuh ke EVO 2017.

  • Juara: Tajaan penuh ke EVO 2017 (lengkap dengan tiket penerbangan, penginapan, duit poket sebanyak USD500)
  • Tempat kedua: RM1,000 dan ViewSonic Monitor
  • Tempat ketiga: RM500 dan gaming headphone

Korang boleh menekan pautan ini untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut serta teruskan mendaftar – Street Fighter V

Umobile Game-Onz-MGA-2016

Guilty Gear XRD & Naruto Ninja Storm 4

Untuk Guilty Gear XRD dan Naruto Ninja Storm 4, tiada sebarang pusingan kelayakan akan diadakan. Hadiah yang bakal ditawarkan adalah seperti berikut:

Guilty Gear XRD

  • Juara: Viewsonic monitor dan trofi
  • Tempat kedua: Produk Armaggeddon/Alcatroz dan medal
  • Tempat ketiga: Produk Armaggeddon/Alcatroz dan medal

Naruto Ninja Storm 4

  • Juara: Viewsonic monitor dan trofi
  • Tempat kedua: Produk Armaggeddon/Alcatroz dan medal
  • Tempat ketiga: Produk Armaggeddon/Alcatroz dan medal

Korang boleh menekan pautan di bawah untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut serta teruskan mendaftar untuk kedua-dua game ini:

Umobile Game-Onz-MGA-2016

Amacam geng? Inilah masanya korang tunjukkan bakat gaming sambil memenangi hadiah-hadiah yang sememangnya lumayan nih! Daftar, jangan tak daftar!

Umobile Game-Onz-MGA-2016

Comments

comments