just-cause-002

Penulis telah bermain Just Cause 3 selama beberapa jam untuk mendapatkan ulasan pandangan pertama. Dan apa yang penulis hanya mampu katakan adalah Wow! Wow dan Wow!

JomBaca: Just Cause 3: Pembalasan Dendam Yang Menggila

Semasa korang tengah install game ini, korang bole free-run sebagai Rico di sebuah pulau kecil. Korang boleh menguji segala kelengkapan samada senjata ataupun gajet korang. Alah, sama macam kita main sebagai Darth Vader masa kita memula install Battlefront.

just-cause-008
Diktator yang zalim – General Di Ravello

Semasa intro cutscene sequence, korang bolehlah berkenalan dengan watak utama francais Just Cause ni – si Rico Rodriguez!  Sekali imbas,penulis tengok Rico nih ada kelibat macam Nathan Drake dari siri Uncharted. Cumanya si Rico nih lebih tegap dan berisi dan dia bercakap dengan lenggok orang Hispanic! Memang terhibur penulis mendengarnya!

Seperti yang kita tahu, hero game ini iaitu Rico Rodriguez pulang ke tanah air beliau iaitu di Medici, sebuah kepulauan Mediterranean yang diperintah oleh diktator kuku besi iaitu General Di Ravello.

So dalam game ini, korang akan musnahkan segala yang berkaitan dengan General Di Ravello – tawan kubu, musnahkan poster besar Di Ravello, musnahkan bekalan tenaga elektrik, musnahkan speaker propaganda dan bermacam-macam lagi. Semua kemusnahan ini akan memberikan korang XP points!

just-cause-007

Grafik tak perlu dipertikaikan lagi, kerana bagi penulis Just Cause 3 yang berlatarbelakangkan Kepulauan Mediterranean, sudah pasti akan memukau mata korang.

just-cause-005

Map yang amat luas hampir 1000 kilometer persegi seperti yang di war-warkan dan penulis hanya dapat meneroka sedikit sahaja buat masa ini.

JomBaca: Just Cause 3: 10 Fakta Yang Korang Mungkin Tak Tahu!

just-cause-006

just-cause-009

Setakat ini, game ini memang menyeronokkan kerana korang boleh musnahkan apa sahaja! Dari tong-tong gas yang bersepah di merata pulau ini, stesen minyak dan janakuasa elektrik, jambatan yang merentasi kepulauan Medici ini, ahh macam-macam lagilah.

Lagi best, game ini menggalakkan kemusnahan yang boleh korang lakukan dengan cara paling kreatif. Contohnya korang chain-kan lori tangki ke helikopter musuh menggunakan Grappling Hook korang, dan tengok macamana kedua-duanya meletop dengan indah sekali! Michael Bay mesti bangga tengok hasil kerja korang!

JomBaca: Just Cause 3: Unboxing Just Cause 3 Collector’s Edition!

just-cause-004
Abg Rico dah ready nak memusnahkan apa sahaja

Developer Avalanche Studios juga meletakkan kelainan di dalam side mission kali ini. Memandangkan ramai yang memilih untuk melakukan story mode sahaja, penulis rasa untuk Just Cause 3 kali ini, korang perlu juga berikan perhatian pada side mission. Di situ lah korang akan mendapat gear untuk upgrade senjata, gajet korang, dan kenderaan untuk mendapatkan kesan kemusnahan maksima.

just-cause-003
Nak upgrade kene buat side mission bro

So guys amacam teruja tak!?  Penulis secara peribadi jatuh cinta pandang pertama dengan Just Cause 3 nih. Dari aspek grafik, controls yang intuitive, kemusnahan yang boleh buat korang terbeliak mata, game engine yang betol-betol menampakkan keupayaan kuasa pemprosesan next gen consoles – ahh syahdu. Baru aje main 5 jam dalam game ini!

JomBaca: Just Cause 3: Dari Diari Developer Mengenai Avalanche Game Engine

Nantikan full review kitorang Just Cause 3 Boleh Beli or Boleh Blah!? dalam masa terdekat ini! Just Cause 3 akan dilancarkan secara rasminya pada hari ini, so kalau korang berminat, dapatkan game ini dari penjual kegemaran korang!

[su_box title=”JomBeli!” box_color=”#ff0000″]Khas untuk pembaca JomGaming! Korang boleh Pre-Order Just Cause 3 dengan menghantar ‘JGJC3‘ ke Inbox Partner Seller kitorang dan dapatkan diskaun RM5!

Dapatkan penghantaran launch-day PERCUMA terus ke kawasan anda bagi yang menetap di Lembah Klang!

[/su_box]

ADIOS!

Comments

comments