Ukhwah Guardians… Perkataan yang membawa maksud yang sangat terang untuk clan ni. Ukhwah, bermaksud “bond” or “friendship” datang daripada perkataan Arab “akhun” . Saya sendiri pernah main dengan hampir semua orang dalam group ni. Memang mereka adalah Guardians yang peramah dan pentingkan friendship. Jom! Kita baca kisah penubuhan Ukhwah.

Ukhwah Guardians Logo
Ukhwah Guardians Logo

JG: Apakah nama clan dan bila clan ni ditubuhkan?

UG: Nama clan ialah Ukhwah Guardians. Kita ditubuhkan pada 28 Julai 2015.

JG: Kenapa Ukhwah Guardian?

UG: Bukan saya yang pilih nama ni tapi daripada senior-senior yang buat clan ini.

JG: Apakah tujuan penubuhan Ukhwah Guardian? Apa plan untuk clan ni?

UG: Clan ni ditubuhkan untuk membina satu hubungan yang rapat seperti menghabiskan Raid dan other Destiny events sekali.

12322524_1646103232330130_1294534546194954142_o

JG: Siapa original 6 veteran players dalam clan ni?

UG: Dalam clan ni semua veterans. Kita semua amik kira clan mates kita as legends dan veterans. Semua ada speciality masing-masing.

JG: Apa yang membuatkan clan ni sangat unik? Kenapa keunikan tu sangat penting?

UG: Saya rasa clan ni ada ciri-ciri masing-masing yang membuatkan seseorang itu sangat special. Lagi-lagi kalau in-game chatting, setiap group mesti ada yang lawak-lawak.

JG: Apa criteria yang Ukhwah Guardians cari dalam seseorang KinderGuardian? Kenapa?

UG: None, just bercakap and be open-minded. Komunikasi sangat sesama team sangatlah penting oleh sebab tu microphone sangat penting dalam clan ni.

JG: Apa class majoriti yang ada di dalam Ukhwah Guardians? (contoh: Titan, Hunters, Warlocks)

UG: Hampir semua clan mates ada tiga-tiga character.

JG: Apa yang KinderGuardians boleh expect daripada clan ni? Apa yang clan ni boleh sumbangkan kepada mereka?

UG: Kita boleh menyumbangkan friendship dan juga in-game experience kita.

12339274_1646094902330963_762159024419641137_o

JG: Cite sikit macam mana operasi clan ni? Berapa clan mates yang Ukhwah Guardians ada sekarang?

UG: Kita bekerjasama untuk menghabiskan quests, mission atau bounties dan kami ada satu WhatsApp group untuk contact sesame sendiri. As of now ada total of 26 clan mates.

SOALAN-SOALAN PERIBADI BAGI UKHWAH GUARDIANS

  • Player Pilihan : FaMe_IIProphetII
  • Rank : Veteran Member

JG: Apa yang membuatkan anda komited dengan Destiny?

FaMe_IIProphetII: Sebab yang membuatkan saya berhenti main Call of Duty: Advanced Warfare dan jadi kompetitif buat sementara adalah sebab community COD tak seberapa meriah daripada Destiny punya komuniti.

JG: Apa kebaikan Destiny?

FaMe_IIProphetII: Game ni works better daripada Advanced Warfare. Tak banyak lag, kadang-kadang ada tapi memang terbaik kalau main PvP. Enjoy Destiny lebih banyak.

JG: Apa keburukan Destiny?

FaMe_IIProphetII: Lag dia je la.

JG: Apa character kegemaran? Kenapa?

FaMe_IIProphetII: Hunter, character yang memang saya guna yang kerap. Tapi sekarang tengah levelling Titan, Hammer dance dan Hammer of Sol OP.

JG: Antara raid Vault of Glass, Crota’s End and King’s Fall – yang mana bagi challenge yang sangat complex? Kenapa?

FaMe_IIProphetII: I think every raid ada speciality dia. I dah lupa raid yang lagi dua tu. So basically King’s Fall raid paling susah sebab jumping puzzle dia and memang raid ni susah nak solo. Possibilities sapa nak solo King’s Fall boleh masuk dalam Guinness World Records. Mechanism untuk raid ni is another level yang susah daripada yang lain.

JG: Apa pendapat FaMe_IIProphetII untuk tea-bagging in PvP? Good or Bad? Apakah efeknya untuk long run?

FaMe_IIProphetII:  Sportsmanship teruk, honestly. I do not do tapi I have to, I will do it dekat enemy yang red bar.

JG: Apakah pendapat FaMe_IIProphetII tentang White Knights dalam gaming?

FaMe_IIProphetII: No absolute idea sebab I tak pernah carry sesapa sebelum ni.

JG: Apa pendapat FaMe_IIProphetII untuk game-breaking weapon seperti berikut.

  • Shadowshot Super

FaMe_IIProphetII: Shadowshot untuk weapon? I as a Hunter, nak la jugak arrow tu bila dah ada dekat-dekat dengan enemy, the enemy patut mati daripada kene tether by a purple vortex. Patut ada instant kill since ada 3 bows je…

KESIMPULAN

Ukhwah Guardians adalah clan yang memang boleh meriahkan game Destiny ni. Mereka sentiasa active untuk melangsungkan Raid, Trials of Osiris, Crucible dan Vanguard Strike. Memang kalau dalam WhatsApp group diorang tu memang selalu teratur dan active untuk membuat activity raid ni. Kalau memang jenis Ukhwah, JOM la join!!!

Comments

comments