Microsoft telah menunjukkan sedikit gambaran mengenai user interface dan guide terbaru untuk pengguna Xbox One. 

Ketua kejuruteraan platforming Xbox, Mike Ybarra, menggunakan saluran Beam miliknya untuk livestream beberapa game Xbox sambil berbual bersama fans. Semasa siaran itu berlangsung, Ybarra juga memberikan penontonnya sedikit gambaran mengenai system software Xbox One yang terbaru. Beliau berkata update ini boleh didapatkan oleh ahli-ahli Xbox Insider Program pada “awal minggu hadapan”.

Screenshot di atas menunjukkan Guide baru konsol itu, panel sampingan di sebelah kiri yang direka untuk membantu pengguna multitasking dengan lebih cekap. Indicator jam dan jumlah bateri controller pada bahagian atas di sebelah kanan dapat dilihat yang mana sebelum ini memerlukan pengguna untuk kembali ke skrin utama Xbox One untuk melihatnya.

Dalam blog post yang ditulis beberapa hari lalu, Ybarra menjelaskan bahawa update tersebut akan dilancarkan sebagai sebahagian daripada Windows 10 Creators Update yang bertujuan untuk meningkatkan prestasi permainan. Selain itu, beliau menulis:

“Setiap Xbox One akan mendapat update bagi Guide yang akan menjadikan korang lebih pantas dalam menyelesaikan tugas-tugas. Dengan hanya menekan satu butang pada controller Xbox, anda boleh mengeluarkan Guide baru yang dipertingkatkan sebagai lapisan di sebelah kiri skrin anda tidak kira apa yang anda lakukan. Di samping itu, kami membina semula pengalaman multitasking yang paling popular untuk kepantasan dan kemudahan akses. Sebagai contoh, anda boleh mula merakam klip GameDVR anda, laraskan tempoh rakaman anda, dan mengakses secara langsung rakaman anda di dalam Guide. Kami juga akan menambah lapisan Achievement tracking yang baru, Gamescore Leaderboard, reka bentuk Cortana yang baru dan juga kawalan untuk muzik latar belakang dalam menjadikan ciri-ciri ini lebih mudah untuk digunakan.”

Comments

comments