Berita gembira kepada para pemain yang menantikan game ini.

Menurut laporan Eurogamer, Ubisoft telah mengesahkan bahawa kesemua map dan game mode akan datang yang bakal ditampilkan dalam For Honor adalah percuma.

“Kami tidak mahu memecahkan komuniti ini. Jadi, semua yang terdapat dalam matchmaking termasuklah map dan mode baru, akan diberikan percuma kepada para pemain. Kami juga mempunyai kandungan percuma yang lain. Kami adalah pasukan besar yang menyokong game ini selepas ia dilancarkan kelak,” kata pengarah game ini, Damien Kieken.

“Dari segi monetisation, ideanya adalah kami membenarkan pemain untuk membeli lebih banyak Steel (in-game currency). Ia hanya sekadar shortcut. Segalanya boleh di-unlock dengan memainkan game ini. Dan kesemua shortcuts adalah terbatas kepada progression, jadi kamu tidak boleh unlock end-game item sesuka hati.”

Semasa pelancaran, For Honor akan menawarkan 12 map dan 5 game mode – iaitu 4v4 Dominion, 2v2 Brawls, 1v1 Duels, 4v4 Team Death Matches, dan 4v4 Elimination.

Nampaknya, strategi pemberian map dan mode serta progression pemain ini boleh dikatakan mirip dengan sebuah lagi game keluaran Ubisoft, iaitu Rainbow Six Siege. Dan seperti yang kita ketahui, strategi tersebut telah menambat hati ramai pemain, sehinggakan mereka telah menggunakan strategi yang sama untuk perancangan tahun kedua Rainbow Six Siege.

Pengumuman ini pastinya sedikit sebanyak telah meredakan kekecewaan yang dihadapi oleh para pemain yang menantikan For Honor. Sebelum ini, ia telah disahkan bahawa game ini akan memerlukan pemain untuk memiliki sambungan Internet sepanjang masa, termasuklah juga sekiranya ingin memainkan story campaingn.

Closed Beta akan bermula pada Januari ini, dan For Honor akan dilancarkan sepenuhnya pada 14 Februari 2017.

Comments

comments