Game laku keras Ubisoft akan dipasarkan secara meluas oleh Tencent di negara China.

Pasaran gaming terbesar di dunia terletak dalam pasaran China, jadi ia memang tidak dinafikan syarikat-syarikat gaming terkenal baik penerbit atau pembangun mahu membawakan game mereka ke negara China.

Ubisoft merupakan antara penerbit yang akan membawakan koleksi game mereka terutamanya pasaran game PC dan mobile di China dengan kerjasama Tencent yang baru sahaja diumumkan baru-baru ini.

CEO Ubisoft, Yves Guillemot rasa optimistik dengan kerjasama bersama Tencent berkata, “Tencent mengurus komuniti online gaming terbesar di China dan juga paling aktif dalam media sosial di dunia, justeru urus janji ini boleh membantu kami untuk meningkatkan interaksi dan pendedahan game kami kepada pasaran China. Kami sangat berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan Tencent dan kami tidak sabar untuk terus bekerja dengan mereka bagi memberikan pengalaman gaming dan hiburan hebat kepada pemain di China.”

Menurut presiden Tencent, Martin Lau yang juga berbesar hati menerima kerjasama baru ini berkata, “Kami sangat berbangga untuk memulakan hubungan baru bersama Ubisoft bagi membawa masuk game-game kreatif dan terkenal Ubisoft untuk pelanggan kami (di China). Perjanjian ini menunjukkan komitmen Tencent untuk menyampaikan pengalaman hiburan interaktif seronok dan profesional serta boleh diharap untuk pengguna-pengguna kami.”

Walaupun tiada nama game spesifik yang diberitahu, Ubisoft mengesahkan mereka akan membawakan game paling laku keras untuk PC dan mobile di China.

Studio Ubisoft seperti anda tahu, memang sinonim dengan game berjaya di pasaran gaming seperti siri Assassin’s Creed, Rainbow Six dan The Division. Oleh itu, tiada masalah kekurangan game-game gempak bagi Ubisoft dan Tencent untuk tembus ke pasaran China.

Beberapa hari lepas, Tencent sudah pun melancarkan PUBG Mobile ke seluruh dunia dan anda boleh dapatkan Chicken Dinner sekarang di Android dan iOS. Sebelum ini, PUBG Mobile hanya terbatas untuk pengguna di China sahaja.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.