Mendedahkan game terbaru yang belum diumumkan lagi melalui easter egg sebuah game lain? 

sony-ps4-pro-watch-dogs-2

Dalam Watch Dogs 2, terdapat satu mission yang dipanggil Ubistolen. Ia memerlukan pemain untuk menggodam syarikat Ubisoft versi dalam game ini, seterusnya mencuri video game trailer yang sedang dibangunkan serta akan diumumkan pada acara E3.

Ramai mula membuat andaian bahawa game tersebut adalah sebuah game yang benar-benar sedang dibangunkan oleh Ubisoft dalam dunia sebenar.

Anda boleh saksikan video trailer tersebut yang dimuat naik oleh FlammableAce.

Daripada video ini, kita dapat melihat ia memaparkan latar belakang angkasa lepas dengan menggunakan muzik yang agak tenang. Melalui pandangan pertama, ia kelihatan sebuah game yang agak menarik dengan tema angkasa serta penggunaan tona warna yang menyerlah.

Sekiranya ini adalah sebuah game yang benar-benar Ubisoft sedang bangunkan, ia pasti sesuatu yang lain daripada yang lain apabila mendedahkan sebuah game baru melalui easter egg dalam sebuah game yang lain. Sama ada ia adalah benar atau hanya rekaan dalam Watch Dogs 2 – Ubisoft masih belum memberikan sebarang komen.

WatchDogs2-screenshot03

Watch Dogs 2 akan dilancarkan di PS4 dan Xbox One pada hari ini, dan di PC pada 29 November ini.

Comments

comments