Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.

ubi-30-giveaway

Ubisoft sebelum ini telah mengumumkan kempen Ubi 30 – memberikan 7 game percuma – bagi meraikan ulang tahun ke-30 syarikat tersebut. Terbaru, bagi meneruskan lagi kempen tersebut, Ubisoft umumkan pula “30 Days of Giveaways”.

Kempen ini mengajak anda untuk membuka lamanĀ “30 Days of Giveaways” – di mana pada setiap hari, dalam 30 hari, satu jenis barangan percuma akan diberikan kepada para pemilik akaun Ubisoft Club. Untuk hari pertama pada hari ini, Rayman Classic telah diberikan untuk anda main secara percuma di telefon bimbit.

ubisoft-games

Ubisoft tidak mengumumkan apakah barangan yang bakal mereka berikan pada setiap hari, bagi menimbulkan unsur “kejutan” dan menarik minat pemain untuk membuka laman tersebut pada setiap hari.

Walau bagaimanapun, Ubisoft terlupa untuk menyembunyikan source code laman tersebut, dan ia telah berjaya di-screenshot oleh Julie Horup, mendedahkan kesemua game/diskaun/wallpaper/barangan lain yang akan Ubisoft berikan dalam kempen ini.

ubi-30-giveaway

Sama ada Ubisoft akan kekalkan rancangan mereka ini selepas source code ini diketahui, atau memberikan barangan lain pula, atau mungkin menukar susunan hari ia diberikan – sama-sama kita nantikan. Yang penting, semua ini #BarangFreeBarangBaek.

Comments

comments