Semalam, Ubisoft memuat naik video terbaru menunjukkan pertarungan sengit antara kapal-kapal besar di dalam Skull & Bones, game akan datang dari Ubisoft Singapore.

Dua kumpulan game developers iaitu kumpulan Skull & Bones beradu tenaga dengan kumpulan yang membangunkan Assassin’s Creed 4 Black Flag dalam Skull & Bones.

Apa yang paling penting ialah video ini menunjukkan sedikit kelainan gameplay melalui kaca mata TV yang dilihat oleh beberapa game developers antara kedua-dua belah pihak ini.

Skull & Bones merupakan IP baru yang diumumkan semasa E3 2017 oleh Ubisoft Singapore dan setakat ini, game ini mendapat sambutan hangat daripada orang ramai serta dinikmati oleh game developers di Ubisoft.

JomBaca: Merentasi Samudera Sebagai Lanun – Apa Yang Membezakan Skull & Bones Dengan Assassin’s Creed 4: Black Flag?

Walaupun ada tohmahan menyatakan Skull & Bones adalah cuma bayangan Black Flag, Ubisoft Singapore tidak menafikan bahawa mereka mengambil sedikit inspirasi daripada Black Flag dan menjanjikan pengalaman lanun baru dalam pelbagai aspek untuk pemain akan datang.

Baru-baru ini, Ubisoft turut mengumumkan bahawa Skull & Bones bukanlah game play-to-win, tetapi akan menampilkan ciri microtransactions seperti Rainbow Six Siege dan For Honor.

Skull & Bones akan dijangka untuk berlabuh pada 2018 untuk PS4, Xbox One dan PC.

Comments

comments