Krismas lebih meriah dengan game percuma!

Masa untuk hacking!

Pada awal bulan ini, Ubisoft menganjurkan satu event berjudul Happy Playdays 2017 untuk menyambut ulangtahun ke-10 Assassin’s Creed 4: Black Flag dan World in Conflict dan memberikan kedua-dua game ini secara percuma melalui UPlay untuk masa terhad.

Namun kali ini, Ubisoft berbesar hati untuk berkongsi hadiah sempena kemeriahan Krismas iaitu memberikan lagi satu game percuma iaitu Watch Dogs dan juga memanjangkan jangka event ini.

Sebelum ini, Ubisoft juga pernah berikan Watch Dogs secara percuma dalam masa seminggu tapi apa salahnya berikan lagi kepada yang belum miliki Watch Dogs selama-lamanya dan mencuba game open-world ini kan?

Untuk dapatkan game-game ini, korang kena ada akaun UPlay hanya untuk PC dan boleh terus ke laman sesawang mereka di sini.

Korang boleh dapatkan Watch Dogs, Assassin’s Creed 4: Black Flag dan juga World in Conflict bermula sekarang sehingga 23 Disember, pukul 6 petang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.