Setiap kali musim baru dilancarkan, kelazimannya Rainbow Six Siege akan ditampilkan dengan pelbagai perubahan baru, semestinya untuk memperbaiki game ini ke tahap yang lebih baik.

Dan Year 2 Season 3 juga tidak ketinggalan dalam membawakan perubahan-perubahan besar, melalui pelancaran DLC Operation Blood Orchid pada minggu hadapan. Terbaru, Ubisoft telah mengeluarkan nota patch, menyenaraikan kesemua perubahan dan pengimbangan baru yang bakal digunakan.

Daripada sekian banyak perubahan yang disenaraikan, di bawah adalah beberapa yang kami rasakan perubahan paling besar dibawakan ke dalam game ini. Jom kita tengok.

Perubahan Besar Terhadap Pencahayaan & Grafik

Ubisoft dalam kemaskini kali ini cukup fokus dalam memperbaiki grafik dalam game ini, terutamanya yang boleh memberikan kesan kepada gameplay seperti pencahayaan.

Antaranya adalah menambahbaik penglihatan para pemain semasa melihat dari dalam ke luar melalui lubang kecil, dan sebaliknya. Penglihatan lebih jelas akan dibawakan dan korang boleh lihat perbezaannya sebelum dan selepas kemaskini ini di bawah:

Berikut pula adalah beberapa kesan grafik yang ditambaik, memperlihatkan visual yang lebih kemas:

Tiada Skop ACOG Untuk Sesetengah Defenders

Bermula dari kemaskini ini, Defenders yang mempunya speed 2 atau 3, tidak akan mempunyai pilihan untuk meletakkan skop ACOG di senjata utama mereka. Faktor kepada perubahan ini adalah Ubisoft mahu Defenders melakukan flanking-flanking, namun ia perlu disertakan dengan risiko.

Misalnya, Operator seperti Bandit dan Jager boleh dikatakan terlalu overpowered kerana memiliki speed yang sangat pantas, dalam masa yang masa boleh mematikan musuh dari jarak jauh. Ini yang mahu diubah.

Attackers Boleh Menggunakan 2 Drone 

Buat masa ini, jika Attackers mengeluarkan drone kedua di samping drone yang pertamanya masih belum dimusnahkan, drone yang pertama itu secara automatiknya akan tidak lagi boleh digunakan. Pemain perlu meneruskan permainan dengan hanya menggunakan satu drone (kedua) itu sahaja.

Itu bakal berubah dalam kemaskini akan datang ini. Jika drone pertama masih lagi ada dan pemain mengeluarkan drone kedua, Attackers boleh bertukar-tukar antara kedua-nya.

Saiz Kemaskini

Ubisoft juga mendedahkan berapakah saiz kemaskini ini. Ia boleh dikatakan agak besar. Di platform PC dengan Ultra HD mempunyai saiz sebesar 42GB, PC tanpa Ultra HD sebesar 26GB, serta Xbox One dan PS4 adalah 15GB.

Harap korang dapat bersabar menantikan patch ini siap dimuat-turun!

Ini adalah beberapa sahaja perubahan yang bakal dibawakan ke dalam Rainbow Six Siege. Korang boleh baca senarai penuh nota patch ini di sini.

Dan semestinya kemaskini ini nanti akan menampilkan tiga Operator baru dan satu map baru yang digelar Theme Park. Kemaskini ini akan dilancarkan serentak dengan DLC Operation Blood Orchid pada 5 September ini.

JomBaca: Ubisoft Dedikasikan Seorang Pemain Handalan Rainbow Six Siege Yang Telah Meninggal Dunia Dalam Map Terbaru

Comments

comments