UbiLand2

Korang teringin tak menjadi seorang assassin macam dalam Assassin’s Creed? Or maybe explore dunia ganas Far Cry? Mungkin korang nak menjadi hacker dalam Watchdogs or racing kereta exotics seperti dalam The Crew? Tak lama lagi, korang boleh jadi semua nih bila Ubisoft buka taman tema di Malaysia!

UbiLand

Biar betol Ubisoft nak bukak UbiLand!? LOL, seriously though, Ubisoft baru announce malam tadi diorang akan bukak taman tema indoor next-gen seluas 10,000 meter persegi di Malaysia!

Ubisoft’s intention for this park is to immerse people in reactive worlds where they can interact with each other and become the heroes of their own life-sized game!

– Jean de Rivières, senior vice president of Ubisoft Motion Pictures

Ubisoft akan menghasilkan kesemua permainan taman tema dan merekabentuk seluruh aspek journey pelawat nanti dengan kerjasama developer taman tema Malaysia, RSG. For good or bad, Ubisoft masih akan memegang creative control ke atas keseluruhan taman tema ini nanti!

Taman tema yang masih belum dinamakan ini dijangka akan dibuka pada tahun 2020. Just in time untuk bawak anak-anak korang experience game-game yang pernah korang mainkan selama ini.

Comments

comments