U Mobile membuka langkahnya dalam mula menambat hati para gamers.

Game-Onz U Mobile dilancarkan sempena MSI MGA Pacific Championship, iaitu salah satu kejohanan eSports terbesar Malaysia.

U Mobile menjadi syarikat telekomunikasi (telco) pertama di Malaysia untuk membolehkan pelanggan prabayar menikmati pekej data tanpa had untuk bermain video game. Pelan yang digelar Game-Onz ini membolehkan pelanggan menikmati video game terpilih daripada penerbit seperti Steam, Garena dan Playone Asia, pada bila-bila masa dan di mana jua, tanpa perlu risau akan kehabisan data.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan:

“U Mobile bangga kerana dapat memperkenalkan satu lagi perkhidmatan yang pertama di negara ini, iaitu Game-OnzTM. Pelanggan prabayar yang tidak pernah dapat menikmati data tanpa had, kini mampu menikmati permainan komputer tanpa had dengan Game-OnzTM. Ini bermakna, pelanggan Game-OnzTM U Mobile boleh menikmati permainan komputer sebaik terhubung dengan telefon pintar pada bila-bila masa, dan di mana jua tanpa risau kehabisan data.”

Berikut adalah senarai game yang bakal anda nikmati melalui pelan ini:

  • Dota 2, Counter-Strike: Global Offensive dan Team Fortress 2, terbitan Steam
  • League of Legends dan FIFA Online 3, terbitan Garena
  • BlackShot dan Echo of Soul, terbitan Playone Asia

Di samping memperolehi data tanpa had untuk gaming, para pelanggan Game-Onz, akan turut menikmati Music-Onz yang menawarkan striming muzik tanpa had daripada 19 rakan kongsi, secara percuma tanpa menggunakan data. Antara rakan kongsi yang terbabit ialah Spotify, JOOX, Tidal, KKBOX, Raku, BFM 89.9, ERA fm, MY FM, hitz fm, MIX fm, LiteFM, Sinar FM, THR Raaga, THR Gegar, MELODY FM, Fly FM, Hot FM, One FM dan Kool FM.

Mulai hari ini, pelanggan pascabayar dan prabayar juga boleh membeli Steam Wallet Codes, sama ada menggunakan kredit prabayar atau dimasukkan dalam bil pascabayar.

Comments

comments

  • Eizaz Aqil

    ala….. online game lain x boleh ke