Akhirnya, Ark: Survival Evolved yang mendapat penerimaan positif di Steam bakal tiba ke PlayStation 4.

ark-survival-evolved-00-custom

Studio Wildcard telah mengumumkan Ark: Survival Evolved akan tiba ke platform PS4 dengan kesemua DLC termasuklah yang terkini iaitu DLC Scorched Earth. Koleksi ini akan disatukan sebagai Ark: Survivor’s Pack dan berharga pada USD54.99 (~RM245).

Selain itu, Ark: Survivor’s Pack turut mengandungi content eksklusif untuk pemain-pemain PS4 seperti set lengkap Manticore armor beserta skin untuk Bionic Giganotosaurus.

Sudah boleh didapati untuk Xbox One dan Steam, Ark: Survival Evolved menerima respon positif dari komuniti amnya.

Comments

comments