Trover Saves the Universe ditulis dan disuarai oleh Justin Roiland, antara pencipta siri animasi Rick & Morty, bekerjasama dengan Squash Game eksklusif untuk PS VR

Game sci-fi adventure ini akan berada di PS4 dan PS VR. Sony menunjukkan gameplay penuh dengan aksi lucu dan rekaan yang agak huru-hara. Game ini memang sesuai untuk mereka yang suka lawak jenaka berperisa Adult Swim.

Trailer video ini diperkenalkan oleh Bathtub Guy yang sedang mandi di dalam tab mandi sambil bermain game tersebut sehinggalah TV jatuh dan membunuh Bath Tub Guy. Seorang ‘lelaki’ berwarna purple masuk dan gelabah melihat tragedi tersebut. Suara lelaki tersebut memang senang dicam dibintangi oleh Roiland sama seperti di dalam siri Rick dan Morty. Kemungkinankah karakter itu Trevor?

Comments

comments