This is the best Transformers game of all time! Of all time! Hahaha, shots fired! OK, jom tengok apa best!

TFDev

APA CERITANYA NIH?

Cerita nya begini, macam biasa Megatron nak musnahkan kesemua hidupan organik di Bumi dan seperti biasa, Optimus Prime dan Autobots akan cuba menghalang rancangan jahat beliau! Sama macam tengok kartun 80an, sememangnya semua motivation character in-game adalah Good vs Evil, simple bukan?

TFDev

Kipas-susah-mati Transformers (bukan versi Michael Bay) pasti akan meleleh tengok visual game ini. Ibarat tengok kartun kat TV yang korang boleh control gitu! Dengan animation cel-shaded Transformers Generation 1, korang akan tengok character-character lama tampil shiny dan ohsem!

TFDev1

SO KITA LAWAN ROBOT AJE LAH?

Dengan mechanics fighting yang menggabungkan aksi bertumbuk terajang dengan sequence tembak-menembak dan transformation combos yang memerlukan execution timing – game ini is a thing of beauty! Bila korang execute combos dengan jayanya, serius enjoy!

TFDev3

Korang boleh pilih untuk bermain sebagai Optimus Prime, Bumblebee, Sideswipe, Wheeljack, atau T. Rex Grimlock! Dan setiap character mempunyai pros and cons memasing. Contohnya, Optimus Prime kurang agile, tapi sangat damaging dan Bumblebee character kegemaran masakini sangatlah laju tapi damage output mungkin kurang. Korang kene cuba setiap character untuk jumpa yang mana sesuai dengan style permainan korang!

TAK CEPAT BOSAN KE?

Efek pertarungan dan sound yang mengiringi setiap attack korang benar-benar bisa buat darah korang mendidih dan menjerit keseronokan lah! Dan paling cun, Platinum Games developer dari Jepun ini telah menggabungkan elemen-elemen dari game diorang sebelom nih seperti Bayonetta, Metal Gear Rising, Vanquish! So korang leh expect fight scenes yang gile havoc, intense lagi memuaskan!

TFDev2

Levelling character dan skill tree agak mudah dan tidak terlalu ketat. Korang boleh aje level up primary weapon tapi akan sampai certain point, korang akan bosan dengan moveset sama, so apalagi, upgrade lah moveset yang lebih ohsem dan fresh!

TAKKAN TAKDE CACAT LANGSUNG GAME NI?

Sadly, game ohsem macam ni ada jugak cacatnye. Kadang-kadang camera jadi cacat bile korang transform jadi vehicle mode or bila berhadapan boss fights yang besar melampau. Lawan dengan anak-anak buah Decepticons juga agak membosankan kalau korang tak experiment dengan moveset dan upgades. Dan map yang kurang variety sebab mostly korang akan lawan dalam kawasan bandar.

SO, BOLEH BELI OR BOLEH BLAH?

+ Nostalgia Transformers 80an is strong in this one.

+ Fighting mechanics yang challenging tapi amat rewarding!

+ Upgrade Autobots korang untuk jadi lagi ganas dan brutal!

– Camera problems pada certain mode or scene.

KEPUTUSAN: BOLEH BELI!

Comments

comments