Trailer The Last Guardian di PlayStation Experience ini pasti membuat hati peminat ICO dan Shadow of the Colossus melonjak-lonjak!

Trailer ini telah dipersembahkan oleh presiden Sony, Shuhei Yoshida di pentas PlayStation Experience awal pagi tadi. The Last Guardian, telah mula dibangunkan mulai 2007 telah mengalami pelbagai masalah dan cabaran akhirnya bakal tiba pada minggu hadapan.

Saksikan rakaman gameplay sepanjang 18 minit ini dikongsi baru-baru ini yang memaparkan bagaimana interaksi antara watak pemain dengan raksasa besar tetapi jinak, Trico.

Peminat-peminat siri ini juga mungkin ingin mendapatkan versi Collector’s Edition yang didatangkan bersama patung eksklusif Trico.

The Last Guardian, eksklusif untuk PlayStation 4 akan diterbitkan pada 6 Disember nanti.

Comments

comments