Dengan seni grafik ala komik, tidak dinafikan Persona 5 adalah antara JRPG yang sangat dinanti-nanti untuk tahun 2017.

Trailer terbaru Persona 5 ini memaparkan eksplorasi istana yang bakal dilakukan oleh pemain nanti. Ia juga memberi sedikit preview dalam pilihan-pilihan yang boleh dilaksanakan melalui sistem pertarungan yang telah direka dalam siri Persona yang terbaru ini.

Baru-baru ini, Atlus juga telah mengumumkan bahawa mereka akan memberikan avatar, theme, dan DLC dwi-bahasa Persona 5 secara percuma.

Persona 5 bakal diterbitkan pada 4 April nanti untuk PlayStation 3 dan PlayStation 4.

Comments

comments