Trailer Terbaru Horizon: Zero Dawn Tampilkan Makhluk Mekanikal Terbaru!

Siapa tak suka rekaan makhluk Horizon Zero Dawn – kita takleh jadi kawan nampak gayanya!

Trailer terbaru Horizon: Zero Dawn menampilkan makhluk-makhluk mekanikal yang ditemui oleh Aloy, watak utama dalam game ini. Trailer game yang dipertontonkan pada segmen Sony di PlayStation Experience 2016 semalam menampilkan Aloy yang berhadapan dengan makhluk-makhluk mekanikal ini.

Game daripada Guerilla Games ini telah dibangunkan sejak 2011 dan diumumkan di E3 2015. Ianya dijangka akan diterbitkan 28 Februari 2017 nanti.

Comments

comments