Siapa sangka kucing comel ini mempunyai kuasa untuk mengubah perspektif dunia?

Sila buka sarikata di butang CC untuk dialog video ini!

Menerusi video ini, kucing ini atau namanya sebagai Gravity Cat merupakan salah satu promosi baru untuk Gravity Rush 2.

Untuk pengetahuan semua, siri Gravity Rush berkisahkan seorang gadis bernama Kat (bukan kucing sama dalam video) yang mendapat kuasa untuk mengubah graviti daripada seekor kucing yang bernama Dusty. Gravity Rush 2 akan menyambung kembali pengembaraan Kat dan Dusty!

Kat bersama Dusty dalam Gravity Rush 2

Jangan keliru dengan tajuk game Gravity Daze 2 kerana itu adalah tajuk game khas untuk Jepun.

Gravity Rush 2 bakal berada di pasaran pada minggu ini (20 Januari 2017) dan dikeluarkan secara eksklusif untuk PlayStation 4.

Comments

comments