Mesir Purba yang penuh dengan tipu muslihat.

Seperti dijanjikan semalam, Ubisoft telah mengeluarkan sebuah trailer gameplay terbaru, yang memaparkan lebih banyak aksi dalam Assassin’s Creed Origins.

Dalam video kali ini, ia mendedahkan siapakah watak-watak penjahat yang akan dibawakan ke dalam game ini nanti, iaitu mereka yang berada di belakang Firaun, mengawal pemerintahan negara Mesir Purba secara sembunyi. Selain itu, video ini turut memperlihatkan lebih banyak aksi Bayek bertempur, terutamanya dalam peperangan bersama gajah-gajah.

Korang boleh saksikan trailer yang diberi nama “Order of the Ancients” ini di bawah:

Assassin’s Creed Origins akan dilancarkan pada 27 Oktober ini di PC, PS4 dan Xbox One.

JomBaca: Assassin’s Creed Origins Menampilkan Lebih Banyak Elemen Penyiasatan Ala-Ala Detektif Oleh Bayek Dan Isterinya, Aya

Comments

comments