Tournament: DotA 2 Dew Challenge!! Korang Ada Bran Tak??

dew_001

Hola!! Gamers, mana peminat-peminat DotA 2?? Korang rasa diri korang pro tak?? Dah ada team yang mantap?? Kalau dah ada, kitorang ada berita gembira untuk korang.

Mountain Dew Malaysia dengan bangga menjemput korang-korang semua, pemain-pemain DotA yang berbakat untuk menyertai The 2015 Dew Challenge!! Ada bran tak?? Kemon guys, hadiah terkumpul RM 150,000 tuh!!

dota_003

DotA 2 Dew Challenge ini juga merupakan pertandingan e-sport amatur yang terbesar yang pernah di adakan di Malaysia. Akan ada 2 seksyen pemilihan iaitu peringkat negeri dan juga peringkat Universiti. Perghh budak-budak U pun bole join bai!!

dew_002

Bagi pusingan kelayakan, antara negeri yang terlibat ialah Johor, Kuala Lumpur, Pahang, Selangor dan juga Pulau Pinang. Pusingan kelayakan ini akan bermula pada bulan November nanti. Peringkat kumpulan pula akan bermula pada 4 Disember 2015.

Antara syarat-syarat utama pertandingan ialah peserta perlulah berumur 13 tahun ke atas dan setiap team wajib mempunyai sekurang-kurangnya 3 pemain yang berasal dari Malaysia. Bagi kategori Universiti pula, pemain mestilah masih belajar di Universiti yang diwakili.

dew_003
Korang dh pro!! Tak yah join la…

Memandangkan ini merupakan pertandingan amatur, beberapa pemain dari team-team berikut tidak dibenarkan bertanding memandangkan mereka sudah pun berada pada tahap profesional. Antara team-team yang tidak dibenarkan bertanding ialah Fnatic, Satu Dua Tiga, Who2Bet, Underminer dan juga K2 Apes. So korang tak yah la takut or kecut sangat sebab pro-pro ni tak dibenarkan join.

So ape lagi guys!! Ada bran tak?? Kalau berani dan korang rasa team korang boleh jadik champ apakata korang register di sini.

ADIOS!!

Comments

comments