Torment: Tides of Numenera: Dijangka Keluar Ke Pasaran Akhir Tahun Ini

Torment: Tides of Numenera merupakan sebuah game RPG yang merupakan sebuah spiritual successor bagi game yang mendapat pujian hebat pada 1999 iaitu Planescape: Torment!

Torment Tides of Numamera 01Torment: Tides of Numenera sedang dibangunkan oleh inXile Entertainment sejak 2013. Tidak seperti  RPG yang lain dimana penggunaan sistem good/bad untuk pemilihan keputusan korang, game ini telah memilih untuk mencipta sistem sendiri yang diberikan nama Tides. Sistem ini akan mempengaruhi persekitaran terhadap character pemain dan juga ahli pasukan. Ada akan bersetuju dengan pilihan yang telah dibuat dan ada sebaliknya. Setiap keputusan akan memberi pengaruh kepada jalan cerita dan cara menyelesaikan krisis yang dihadapi.

Torment Tides of Numamera 02Torment: ToN telah memegang rekod sebagai sebuah projek Kickstart yang paling cepat mendapatkan funding penuh dan memang dinanti oleh gamers yang rindukan siri Planescape. Dengan funding Kickstart berjumlah USD 4 juta, memang ramai mengharap Game ini akan mencapai kejayaan kelak.

Torment Tides of Numamera 03Torment: Tides of Numenera bakal dikeluarkan pada akhir tahun ini dan akan berada di platform Windows, Mac dan Linux.

Comments

comments