Sebelum ini, Tunic sudah pun ditunjukkan di E3 2017, tetapi trailer baru yang dipaparkan tadi menunjukkan gambaran yang lebih jelas mengenai game ini.

Tunic ini dibangunkan secara solo. SOLO.

Dihasilkan oleh Andrew Shouldice, seorang lelaki yang menetap di Halifax, Nova Scotia, Canada. Game ini mengambil inspirasi dari game pengembaraan klasik Zelda dengan karakter serigala/musang yang comel.

Game ini asalnya diumumkan sebagai Secret Legends pada tahun 2015. Tunic akan dilancarkan secara eksklusif untuk Xbox One. Tarikh keluaran masih belum diumumkan.

Comments

comments