Dibawa khas oleh Reggie Fils, Presiden Nintendo America!

Presiden Nintendo America, Reggie Fils telah datang singgah ke rancangan lewat malam Jimmy Fallon telah hadir dengan game terbaru keluaran Nintendo iaitu Super Mario Run. Namun begitu, beliau membawa sebuah kejutan iaitu Nintendo Switch!

Ini adalah kali pertamanya Nintendo Switch dipertontonkan untuk tontonan awam dan mempunyai game The Legend of Zelda: Breath of the Wild untuk dimainkan. Jelas Jimmy Fallon yang umumnya dikenali sebagai peminat Nintendo kelihatan sangat teruja!

Walaupun harga untuk Nintendo Switch masih belum diumumkan, ramai menjangkakan ianya berharga sekitar RM1099 dan akan mula dijual mulai bulan Mac nanti.

Comments

comments