Tokyo Game Show: Metal Gear Online Tunjuk Taring!

Metal Gear Online telah diumumkan di Tokyo Game Show! Pasti ramai ternanti-nanti mode multiplayer ini. Trailer terbaik dari Konami ini menerangkan mode online ni secara umum dan sini kitorang list down apa yang cambest!

Metal Gear Online akan terdiri daripada 3 class:

Scout – Mudah dikenali sebagai “Sniper atau Recon Class” yang dikhaskan untuk peperangan dan bantuan jarak jauh. Gerakan dan armor bagi class ini adalah seimbang.

Enforcer – Class ini mempunya armor yang paling tinggi yang mampu membuat player tahan dengan pelbagai serangan. Namun begitu, ia merupakan satu “Heavy Class” yang membuatkan movementnya lebih slow berbanding class lain.

Infiltrator – Mudah dikenali sebagai “Infiltration Class” yang memberikan ia gerakan paling pantas dan juga armor yang paling rendah. Class ini paling sesuai bagi players yang suka menyelinap dan melakukan kombat jarak dekat (CQC).

Disamping itu, MGO turut mempunyai pelbagai ciri-ciri yang mempengaruhi flow pertarungan yang boleh memberi kesan positif untuk team.

Unique character – Character-character seperti Snake dan Ocelot akan boleh dimainkan dan mempunyai skill-skill tersendiri seperti Rocket Punch oleh Big Boss.

Ability – Ia akan mempengaruhi skill character atau senjata yang korang pakai. Setiap ability akan mempunyai 3 level.

Interrogations – Sama seperti MGS: TPP, korang akan dapat korek info mengenai lokasi pihak musuh.

Buddy system – Pastikan gunakan buddy system sebaiknya. Ia bukan saja membantu untuk spotting pihak musuh, ia juga membolehkan korang spawn di lokasi buddy korang apabila buddy XP mencecah 50%.

XP – Gunakan XP yang dapat sebaiknya untuk unlock abilities dan juga senjata!

Comments

comments