TitanCall of Destiny: Black Ops III Beta

JomGaming.my downloaded Beta CoD:Black Ops III semalam, and kitorang surprised dengan beberapa gameplay mechanics pilihan Treyarch, developer CoD:BO3 ini. First impression kitorang? CoD:BO3 adalah Destiny + Titanfall dalam Military Shooter! OMGWTFBBQ!? Jom kita tengok!

JomGaming.my mostly terdiri daripada Battlefield veterans, tapi atas pengaruh rakan-rakan sebaya yang hardcore fan CoD, kitorang pon downloaded lah CoD:BO3 kali ini. FYI, Beta CoD:BO3 ini dikeluarkan awal bagi PS4 (booyah!) dan 26 Ogos bagi PC dan Xbox One. Call of Duty: Black Ops III akan dilancarkan bagi PC, Playstation 4 dan Xbox One pada 6 November!

Apa best CoD:BO3 kali ini?  

CoD terkenal dengan gameplay yang laju! Dan kali ini, ianya menampilkan elemen 3D movement / vertical traversal – menggunakan semua permukaan bangunan seperti dinding dan tempat tinggi untuk angle of attack yang unexpected.

Macam Titanfall?

Yup, macam Titanfall! Ianya sangat ohsem dan boleh memberikan adrenaline rush yang mengujakan setiap kali korang berjaya kill enemy.

CoD:BO3 kali ini juga membariskan Sembilan character class (Specialist) bagi permainan multiplayer onlinenya – satu daripadanya masih belom direveal. Setiap Specialists mempunyai satu Special Weapon (SW) dan satu Ability (AB) – dan korang hanya boleh equip salah satu sebelum joining a game.

Meter bulat di bawah kanan skrin akan menyala Kuning apabila SW/AB ini available untuk digunakan dengan markah/kills/time secukupnya. Sounds familiar?

Hmmm, macam meter Super Destiny aje…

Bingo! Tetapi, persamaan itu tidak berakhir di situ. Setiap SW/AB ini juga ada beberapa power yang sangatlah familiar bagi player Destiny! Jom kita tengok Specialists yang ada dan skill-skill ohsem yang mereka gunakan.

Ruin Si Mamat Sado

Black-Ops-3_Specialist-Ruin

Power Weapon: Gravity Spikes – Bayangkan Fist of Havoc dalam Destiny. Ruin pakai 2 spikes yang akan dia slam ke dalam tanah bagi letusan area-of-effect!

Ability: Overdrive – Serupa seperti ‘Battle Runner’ Destiny, skill ini akan briefly tambah speed sprint character korang lepas kill!

Seraph Si Gadis Gungho

Black-Ops-3_Specialist-Seraph

Power Weapon: Annihilator – Macam Golden Gun Gunslinger Destiny, Seraph akan menggunakan pistol dengan 7 peluru yang one-hit-kill dan overpenetrate – gile OP!

Ability: Combat Focus – Ini bolehlah digunakan untuk multikill enemies, dan score yang korang dapat akan dimultiply!

Outrider Si Awek Predator

Black-Ops-3_Specialist-Outrider

Power Weapon: Sparrow Compound Bow – Seraph menggunakan Bow and Arrow seperti class Hunter terbaru – Nightstalker! Yang uniknya, Sparrow Compound ini boleh dinaikkan damage nye dengan hold charge setiap shot! Ianya juga mempunyai efek letupan on impact – Explosive Rounds!

Ability: Vision Pulse – Penglihatan seperti Infra-Red Vision Predator ataupun Arkham Batman Detective Mode, Outrider boleh activate heat-vision ini dan melihat menembusi dinding!

Reaper Si Terminator

Black-Ops-3_Specialist-Reaper

Power Weapon: Scythe Mini Gun – Reaper akan mengeluarkan gatling mini gun dengan 400 butir peluru – menyerupai Death Machine CoD:BO1

Ability: Psychosis – Korang boleh menghantar 3 hologram decoys berbentuk seperti Reaper ke barisan hadapan untuk mengelirukan musuh!

Prophet Si Time Traveller

Black-Ops-3_Specialist-Prophet

Power Weapon:  – Bayangkan Super Stormcaller Warlock from Destiny – Chain Lightning!  Prophet menggunakan senjata charge-shot menembak elektrik yang boleh chain ke musuh berdekatan.

Ability: The Glitch – Prophet boleh flash back ke posisi beberapa saat sebelum itu – membolehkan dia melarikan diri apabila kene ambush atau terserempak enemy gangbang!

Nomad Si Phoenix Bangkit

Black-Ops-3_Specialist-Nomad

Power Weapon: H.I.V.E. – Namanya mungkin biasa kite dengar di dalam Destiny, tetapi H.I.V.E adalah senjata bagi Nomad memasang tripmine nano drones yang ‘memakan’ enemies korang!

Ability: Rejack – Seperti watak Warlock Fireborn Destiny, Nomad mempunyai ability untuk revive/Rejack dirinya dari maut!

Spectre Si Ninja Assassin

Black-Ops-3_Specialist-Spectre

Power Weapon: Ripper – Spectre menggunakan 2 bilah pisau bercahaya elektrik untuk one-hit-kill – seperti Bladedancer Hunter Destiny!

Special Ability: Active Camo – Namanya aje dah cukup menceritakan – Spectre boleh menjadi halimunan/invisible. Juga sama seperti Bladedancer Hunter Destiny!

Battery Si Minah Ganas

Black-Ops-3_Specialist-Battery

Power Weapon: War Maching Grenade Launcher – Battery menggunakan grenade launcher yang melancarkan frag grenades yang bounce dan meletop selepas beberapa ketika ataupun apabila menyentuh enemy!

Ability: Kinetic Armor – Battery akan menyarungkan charged-electrical-reactive armor yang menghancurkan peluru enemy! Tapi ianya hanya menutup tubuh Battery, kepalanya masih terdedah kepada headshot. LOL!

+++

Sehingga kini, kami masih lagi tak habis bermain Beta ini. Ianya gabungan fast-paced FPS military dan elemen special attack Destiny yang menjadikan CoD kali ini refreshing dan mungkin menjadi daya penarik peminat series BF/Destiny. So korang macamana? Bila lagi nak try Call of Duty: Black Ops III?

Comments

comments