Wakil EA bercakap sedikit mengenai dua francais milik mereka ini.

battlefield 1

Bercakap kepada para pelabur di Eropah, CFO EA, Blake Jorgensen telah memberikan sedikit gambaran tentang masa depan dua siri game mereka, iaitu Battlefield dan Star Wars Battlefront.

Jorgensen mengesahkan bahawa tidak akan ada game terbaru daripada francais Battlefield dalam masa terdekat. “Kami tidak akan ada Battlefield baru untuk beberapa tahun akan datang,” kata beliau yang turut mengatakan bahawa siri seterusnya mungkin tidak akan hadir sehingga tahun 2018 atau kemudian.

Seperti kita semua tahu, game terbaru daripada francais Battlefield adalah Battlefield 1, yang mana ia baru sahaja dilancarkan pada Oktober lalu. Dalam review yang telah dilakukan, kami mengatakan tindakan berani DICE dalam membawakan tema WW1 sememangnya berbaloi dalam Battlefield 1.

star-wars-battlefront-at-st

Bercakap mengenai Star Wars Battlefront pula, Jorgensen turut memberikan sedikit info mengenai sekuelnya, yang sebelum ini telah disahkan akan menemui para pemain pada tahun hadapan.

“Jika ia mendapat kritikan, bermakna mereka mahukan lebih. Jadi, kami mengambil kritikan itu ke dalam hati, yang mana kita bangunkan game akan datang dan cuba untuk mengatasi isu yang mereka hadapi sebelum ini,” kata beliau apabila ditanyakan tentang Star Wars Battlefront pertama yang memiliki kandungan yang sangat sedikit.

Jorgensen menambah bahawa Star Wars Battlefront 2 sebagai sebuah game yang “lebih besar, Battlefront yang lebih menyeronokkan.”

Sebelum ini, EA telah mengaku bahawa Star Wars Battlefront yang dikeluarkan pada akhir tahun 2015 itu telah disiapkan dengan terburu-buru.

Comments

comments