Microsoft akan membuang game The Suicide Forest, sebuah game yang mengambil inspirasi daripada peristiwa Logan Paul dari program Xbox Live Creators Collection, seorang wakil dari Microsoft telah mengesahkannya kepada Polygon.

The Suicide Forest memerlukan pemain untuk menerokai hutan Aokigahara di Jepun, yang lebih dikenali sebagai “The Suicide Forest”. Objektif pemain adalah perlu mencari lebih banyak mayat yang mati akibat bunuh diri untuk menaikkan jumlah penonton di channel YouTube.

Game ini mengambil inspirasi daripada peristiwa seorang Youtuber terkenal, Paul Logan yang memuat naik video kontroversi yang mana dia menjumpai mayat seorang lelaki di hutan Aokigahara.

“Kandungan ini melanggar undang-undang di Store kami dan kami dalam proses untuk membuangnya,” seorang wakil Microsoft memberitahu Polygon. “Pengguna boleh membuat aduan terhadap kandungan yang tidak sesuai di halaman produk game atau hantarkan aduan terus ke [email protected]”.

Undang-undang Microsoft Xbox Store mengatakan bahawa “aplikasi dan metadata yang berkaitan mesti tidak mempunyai kandungan yang sensitif dan menyakitkan hati.”

Tambahan pula, Microsoft menekankan bahawa “kandungan mungkin boleh dikategorikan sebagai sensitif di sesetengah negara kerana undang-undang tempatan atau norma budaya.” The Suicide Forest telah melanggar undang-undang Microsoft.

Game itu mendapat perhatian dari pengurus komuniti global TT Games, Bear “Bearskopff” Parker, yang mana beliau menulis tentang game percuma itu di akaun Twitter-nya. Larry Hryb, pengurus komuniti Xbox, memberi respon terhadap tweet Parker untuk mengesahkan bahawa pasukan mereka sedang meneliti situasi tersebut.

Ini bukan kali pertama game berdasarkan peristiwa Logan Paul berada di pasaran. Di Google Play Store juga mempunyai game yang hampir sama, Logan Paul: Suicide Forest Run pada awal minggu ini. Ia boleh didapati untuk dimuat-turun dalam jangka masa pendek sebelum Google membuangnya.

“Idea utama game saya ini adalah untuk menunjukkan dalam cara yang sarkastik sebab kenapa Logan Paul pergi ke hutan itu.” Pencipta game The Suicide Forest, Simo Mediator memberitahu The Daily Dot. “Sebab utama game itu adalah untuk mendapatkan jumlah tontonan di YouTube dan game ini berniat untuk menjadi seperti game memes.”

Para pengkritik telah memberi penekanan terhadap kurangnya pemerhatian terhadap pasaran digital seperti Google Play Store dan Xbox Live Creators Collection sebagai satu sebab kenapa pelanggaran undang-undang ini berlaku.

Apabila Microsoft mengumumkan platform penerbitan sendiri Xbox pada tahun 2017, syarikat itu mengesahkan bahawa “sementara Microsoft takkan memegang pembangun-pembangun Creators Program ke perjanjian pendedahan atau kelulusan konsep, syarikat itu berkata ia mempunyai hak untuk membuang kandungan yang berbahaya dan tidak sesuai dari kedai Creators.”

Comments

comments