Tournament tempatan dengan penyertaan pasukan DotA 2 antarabangsa bakal diadakan di Iskandar Puteri, Johor. Satu pasukan Malaysa bakal terpilih – jom test skill DotA 2 korang!

Tournament yang dianjurkan oleh Livescape dengan kerjasama Beatnation dan sokongan daripada Iskandar Investment Berhad ini diberi nama The Major League  (TML), Championed by Celcom.

Acara TML ini bermula dengan peringkat kelayakan pasukan Malaysia dan mencapai acara kemuncak pada 20 – 22 Oktober 2017 di EduCity Indoor Arena, Iskandar Puteri, Johor bagi merebut wang hadiah kemenangan bernilai RM300,000!

Di acara kemuncak tersebut, pasukan Malaysia akan bertemu 7 pasukan DotA 2 antarabangsa, dengan 4 pasukan telah diumumkan iaitu Ehome (China), Evos (Indonesia), Clutch (Filipina) dan MVP Revolution (Kyrgyzstan). Lagi 3 pasukan akan diumumkan kelak.

Peringkat kelayakan TML bakal diadakan di kafe siber yang mengambil bahagian seperti Apple Dream Net, Orange E-Sports, Blitzone, Digital Fortress, dan The Pantheon. Pusingan akhir peringkat kelayakan TML akan diadakan di Academy of Esports di Afiniti Medini, Iskandar Puteri.

Korang berminat? Daftarkan pasukan korang di kafe-kafe siber yang disenaraikan.

Maklumat lanjut boleh didapatkan di www.themajorleague.asia.

Comments

comments