Game yang sangat dinantikan, The Legend of Zelda: Breath of the Wild mungkin tidak akan dilancarkan bersama Nintendo Switch?

The Legend of Zelda: Breath of the Wild

Nintendo tidak pernah mengumumkan tarikh tepat pelancaran untuk The Legend of Zelda: Breath of the Wild. Kenyataan rasmi mereka hanya mengatakan game ini akan dikeluarkan pada 2017, dan dengan Nintendo Switch bakal dilancarkan pada bulan Mac 2017, ramai menjangkakan game ini akan dilancarkan serentak bersama dengan konsol ini.

Namun, menurut Emily Rogers, seorang yang agak rapat dengan sumber Nintendo mengatakan sebaliknya. Disebabkan game ini memerlukan lebih banyak kerja localisation jika dibandingkan semasa ia mula dibangunkan, ia mungkin tidak akan keluar serentak bersama Switch.

Menjadi sebuah game open-world dengan pelbagai quests, NPC, items dan banyak lagi, bermakna localisation itu akan memakan masa lebih lama, pastinya lebih lama daripada Nintendo jangkakan. Kerja-kerja localisation ini dijangka tamat pada bulan Disember, menurut laporan tersebut, dan pastinya ia memerlukan empat hingga enam bulan untuk memastikan jaminan kualiti.

Zelda Breath of the Wild 01

Menurut sumber yang lain pula, Eurogamer turut mengatakan perkara yang sama. Mereka telah diberitahu bahawa Nintendo merancang untuk membangunkan game ini serapat yang boleh kepada kesempurnaan selepas ia berada dalam fasa pembangunan sejak sekian lama.

Nintendo Switch dikatakan bakal dilancarkan dengan dua model, iaitu model asas dan premium. Model premium tersebut dikatakan bakal didatangkan dengan bundle sebuah game – dan nampaknya bundle tersebut mungkin bukan The Legend of Zelda: Breath of the Wild.

Sama-sama kita nantikan sebarang kenyataan rasmi daripada Nintendo.

Comments

comments