Tiada siapa pun yang terkecuali dalam dunia The Last of Us.

Selepas baru sahaja memenangi game yang paling dinantikan oleh pemain di The Game Awards, pengarah dan penulis Neil Druckmann, penulis skrip bersama Halley Gross dan juga bersama pelakon suara Ashley Johnson, Troy Baker serta barisan pelakon suara lain menyertai satu panel perbincangan tentang The Last of Us Part II di PSX2017.

Sebelum bermulanya sesi panel ini, Baker dan Johnson membuka tirai dengan persembahan sebuah lagu yang mencerminkan perjalanan hubungan antara Ellie dan Joel.

Apabila bercakap mengenai jalan cerita terutamanya kebarangkalian Ellie atau Joel mungkin mati, Druckmann hanya mengusik, “Tiada siapa pun selamat malah Joel dan Ellie juga kena sama.”

Menurut Druckmann, mereka mahu menaikkan lagi tahap jalan cerita The Last of Us Part II menjadi lebih bagus seperti apa yang telah dilakukan untuk Uncharted 4 tetapi The Last of Us membawa jalan cerita lebih meruntun emosi iaitu jauh cerianya berbanding pengembaraan Nathan Drake dalam Uncharted 4.

Gross yang pernah menulis skrip untuk siri rancangan HBO Westworld kini menulis bersama Druckmann dan berkongsikan pengalamannya bekerja dalam projek The Last of Us Part II. Walaupun beliau berkata inilah adalah satu “tugas yang sukar” tetapi ia adalah satu pengalaman berharga untuk memberi kerjasama dan input dalam melaksanakan projek ini.

Tambahan pula, semasa Druckmann jelaskan seluruh jalan cerita The Last of Us Part II kepada Gross dan Druckmann sudah selesa dengan permulaan dan pengakhiran cerita tetapi beliau tidak pasti dengan plot pertengahan besar cerita ini. Lalu, Gross memberikan beberapa idea hebat sehinggakan Druckmann ingin kongsikan satu idea bersama audiens tetapi tidak boleh berbuat demikian tanpa mendedahkan keseluruhan plot.

Sejurus selepas itu, Druckmann berubah fikiran dan memberi satu bayangan baru berkata: “Selepas hari pertama itu, Halley pergi balik rumah dan berborak dengan suaminya dan dia cakap seperti begini, ‘Saya rasa saya mengandungkan seseorang.’ Nanti anda akan tahulah apa maksud sebenarnya yang saya cakap ini.”

Walaupun kami tahu game kali ini akan mempunyai penceritaan yang sangat sedih serta dengan kebencian lebih mendalam, Druckmann berseloroh, “ada satu harapan dan ada juga babak-babak gembira” dalam The Last of Us Part II.

Bercakap mengenai trailer yang cukup ganas ditonjolkan semasa Paris Games Week, Druckmann menyebut tentang bagaimana trailer itu menunjukkan mesej utama The Last of Us Part II iaitu adalah satu eksplorasi untuk mencari makna keadilan, kebaikkan dan kejahatan serta memahami makna kabur antara dua sifat: baik dan jahat.

Tambahan lagi, Druckmann juga mengesahkan The Last of Us Part II kali ini akan membawa pemain sebahagian besar ke Seattle iaitu sama seperti teori yang peminat bincangkan.

Lebih-lebih lagi, beliau juga menganggar tempoh masa proses penyiapan di studio Naughty Dog dengan berkata, “Kami masih lagi sedang giat membangunkan game ini… sekarang kami baru sampai 50 ke 60 peratus untuk siap? Saya pun tidak pasti sangat sejauh mana kami sudah siap.”

Apabila ditanyakan bila peminat akan jangkakan video baru (atau mungkin gameplay baru?) untuk Part II, Druckmann mengesahkan ada video baru akan ditonjolkan untuk E3 2018!

The Last of Us Part II akan dilancarkan eksklusif untuk PS4 dan buat masa kini, tiada tarikh pelancaran diumumkan oleh Naughty Dog.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.