Siapa selain Ellie?

Baru-baru ini, Naughty Dog telah mengatakan yang Ellie adalah satu-satunya karakter yang boleh dimainkan dalam The Last of Us Part II. Ia menimbulkan pelbagai reaksi daripada peminat memandang karakter utama yang boleh dimainkan dalam game pertamanya, iaitu Joel tidak akan boleh dimainkan dalam sekuel ini.

Terbaru, perkara ini mungkin boleh berubah pada masa akan datang berdasarkan apa yang dikatakan oleh co-lead gameplay designer Emilia Schatz kepada JeuxActu (via GamingBolt) dalam satu temubual. Kata beliau:

“Pada ketika ini kami hanya bersedia untuk memperlihatkan Ellie sebagai karakter yang boleh dimainkan. Ini mungkin boleh berubah pada masa akan datang, tapi kami belum bersedia lagi untuk bercakap tentang perkara ini lagi. Saya rasa ada banyak perkara lagi tentang game ini yang belum lagi didedahkan.”

Ini pastinya sesuatu yang agak menarik. Game pertama The Last of Us yang dilancarkan pada 2013 itu pada mulanya turut dikatakan oleh Naughty Dog dengan hanya Joel adalah karakter yang boleh dimainkan. Bagi korang yang sudah menghabiskan game ini semestinya tahu yang ada beberapa bahagian dalam game ini kita akan bermain sebagai Ellie.

Jadi, untuk The Last of Us Part II pula, ia juga seakan-akan mengikut jejak yang sama. Apakah benar sekuel ini nanti akan hanya mempunyai satu karakter yang boleh dimainkan? Kalau ada karakter yang boleh dimainkan selain Ellie, siapa? Adakah Joel akan kembali? Atau ada karakter baru yang akan memberikan impak kepada game ini kelak?

Hanya masa yang mampu merungkai persoalan ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.