Dalam sidang media PlayStation di E3 2018 yang sedang berlangsung sekarang, Sony telah memperlihatkan gameplay pertama The Last of Us Part II.

Babak cutscene dimulakan dengan memaparkan Ellie buat kali pertama selepas trailer acah pengumuman yang dulu. Kemudian, gameplay diteruskan dengan menyambung babak trailer sinematik dalam Paris Games Week tahun lalu.

Gameplay memperlihatkan aksi-aksi yang kita telah rindui selama ini. Gerakan stealth, menikam dari belakang, lari dari musuh — cumanya kali ini adalah dari Ellie yang sudah dewasa.

Buat masa ini Sony dan Naughty Dog masih belum mengumumkan tarikh pelancaran The Last of Us Part II.

Comments

comments