Multiplayer akan kembali!

Selain story mode-nya yang sangat mengagumkan, game pertama The Last of Us telah membawakan mode Multiplayer yang digelar Factions Mode. Ia adalah satu kejutan yang agak besar apabila ia mendapat sambutan yang memberangsangkan.

Setelah The Last of Us Part II diperkenalkan buat kali pertama, ramai yang tertanya-tanya sama ada Factions Mode akan kembali ke dalam sekuel ini ataupun tidak.

Bercakap dalam temubual bersama Gamespot di E3 2018, pengarah bersama Anthony Newman telah mengesahkan yang “Factions akan kembali.” Kemudian, seorang lagi pengarah bersama, Kurt Margenau menyambung, “multiplayer akan kembali. Kami tidak akan bercakap secara terperinci tentang apakah bentuknya nanti, tetapi kami boleh sahkan yang game ini akan ada multiplayer.

Jadi, apa pembaharuan yang korang mahukan dalam multiplayer The Last of Us Part II? Apa yang perlu ditambahbaik daripada game sebelum ini?

The Last of Us Part II akan dilancarkan eksklusif di PS4, namun masih tiada lagi tarikh pelancaran.

Comments

comments